Sunday, March 15, 2009

Life is Unpredictable

Tiba2 aku dikejutkan dgn berita yg sungguh menyayat hati aku......

Waktu telah menunjukkan tepat jam 2.30am.

Tika aku baru hendak lelapkan mata di keheningan malam yg indah, sejuk dibidas hujan renyai2, baru mula mahu bermain mainan tido, baru mahu memimpikan sesuatu yg indah, aku menerima panggilan telifon dari no yg tak dikenali. Aku lekas sahaja m'jawab panggilan tersebut. Disebalik suara pemanggil itu, aku kenal akan suara dia. Dia adalah salah sorg sahabat baik aku dari pulau pinang, nama diberi Mamat...


  • Mamat: "Assalamualaikum daus, mamat nie..
  • Firdaus: " Waalaikumsalam, ye mamat,nape tiba2 call aku memalam buta nie?" (pertanyaan diajukan dlm separa sedar)
  • Mamat: " Aku harap hang dapat bersabar, aku ada berita buruk nk bgtw hang nie..
  • Firdaus: " berita apa nie mamat, jgn nk takot2 kn aku..."(aku dari separa sedar, trus m'jadi cerah mata penglihatan ku tanpa lampu, aku sedari bahawa dari mula aku menjawab panggilan itu, suara mamat sgt2 laen dr yg laen..)
  • Mamat: " Nie sahabat baik hang si farid dh arwah..dia accident baru2 nie..moto langgaq dia"
  • Firdaus:" Astaga..innalillah...btul ke nie?.ang x men2?
  • Mamat: "nie btul la..aku x men2 la ngn hang..xkn aku nk bwt lawak kot psl benda nie"
  • Firdaus: (aku terdiam seketika,t'sentak dgn berita itu..aku terkesima,aku mula mengenangkn si arwah yg selama ini slalo d'sampingku selama ini - tika ku slalo bersama2 dgn nya di pulau pinang, aku bagaikan tidak percaya berita itu, aku bertanya semula) "Btul ang x maen2 nie?"
  • Mamat: "Nauzubillah, aku xmaen2 la daus oiiiii...aku ad kt umah arwah skg nie, aku bgtw ang skg sbb aku tau hang xdpt balek penang buat ms skrg"
  • Firdaus: " Kwn2 kita yg laen tau x?"
  • Mamat: "Aku dh bgtw si eppy..dia ad kt KL, ad keja..nti dia balek trus mai lawat arwah"
  • Firdaus: "Insyallah, hujung minggu nie aku balek lawat arwah...kirim salam kat mak ayah serta family arwah"
  • Mamat: "Insyallah...daus bwk bersabar aaa"
  • Firdaus :" Urmmm..(aku mengiyakan aja)...Assalamualaikum"
  • Mamat: "Waalaikumsalam"
Lalu panggilan dihentikan..tutt,tutt,tuttt...

Aku sgt2 terkesima dgn berita yg disampaikan oleh Mamat. Tak mampu utk ku telan kerana aku seakan2 tidak percaya akan kejadian yg menimpa sahabat baik ku FARID..baru sahaja sebulan yg lepas, ketika aku pulang ke pulau pinang, aku berjumpa dgn nya. Seorg yg sgt peramah, dan pandai membuat rakan2 yg berada d'sekeliling nya tak kering gusi dgn cerita humornya. Sikap nya yg sgt mengambil berat ttg kwn2 nya itu yg membuat ku tertarik. Tidak pernah lokek untuk menghulurkan bantuan. Jenis yg x berkira dlm apa jua bentuk samada wang atau masa mahupun tenaga. Aku bukan meminati nya sbg seorg kekasih (itu m'langgar lumrah alam, Nabi xngaku umat), tetapi sebagai sahabat baik sejati ku di dunia ini. Sekarang dia telah pulang ke Rahmatullah. Nampknya Tuhan lebih menyayangi dia dari aku dan juga shabat2 aku yg lain. Tika ini, aku hanya mampu beristighfar, berselawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W serta berdoa semoga sahabat baik ku, FARID di tempatkn dgn org2 yg beriman dan beramal soleh..insyallah..AL-FATIHAH...

*di akhir tulisan ini, air mata ku tiba2 terkumpul d kelopak mata..tidak dapat menahan sebak pabila mengenang si arwah dgn sikapnya itu....mata ku xlena dipejam..aku hiba.....


FARID..we all gonna miss u..
*MAY ALLAH BLESS U*
~AL-FATIHAH~


"PACHEMPO FOR LIFE"

2 comments:

Elsa S said...

ouch, deepest sympathy yeah on de loss ov ur best friend..

takotnye ;( kejap je kan.. orang yang kite sayang, dah tak ade~

semoga roh beliau dicucuri rahmat, amin..

azahzotas said...

hi fir...
sometimes life is unpredictable...tapi sebagai manusia kita hanya mampu meneruskan hidup ini seperti direncanakan...
siapa tahu kematian bakal datang kepada kita, siapa tahu saat nyawa kita akan dicabut...
kematian akan tiba jua sama ada lambat atau cepat...

kadang2 baruje kita borak-borak dengan orang tue, tup2 dia dh mengadap Ilahi..inilah yang dikatakan kehidupan..

moga rohnya ditempat di tempat orang-orang beriman...amin(",)